Ahad, 26 Julai 2020

Kata Aluan Pengerusi

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi menyokong Persatuan Seni Ceritera (PSC) . untuk makluman semuanya Ceritera FM ini adalah salah satu Produk baru yang di wujudkan oleh Persatuan Seni Ceritera  kepada semua yang pengikut-pengikut Persatuan Seni Ceritera dan juga orang ramai yang mahukan sesuatu yang lain dari bidang Teater tetapi tidak terkeluar dari jaringan dan rangkaian kebudayaan dan kesenian yang menjadi teras kepada Persatuan Seni Ceritera ini.

Persatuan Seni Ceritera (PSC) telah didaftarkan melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 23 Januari 2013 dengan nombor pendaftaran PPM-028-10-23012013 . Operasi persatuan ini dilaksanakan di alamat B-K-2-15 Blok Kenari, Taman Wirajaya Penjara Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Persatuan ini dianggotai oleh penggiat-penggiat seni dan sastera yang mempunyai pengalaman lebih dua puluh tahun dalam bidang tersebut. Sejak ditubuhkan,

PSC telah menjalankan beberapa program seperti yang disenaraikan :
  1. 13 April 2013 ’Bengkel Lakon Lanjutan’ , ’Bengkel Sinografi’ dan  ’Bengkel Pemurnian Skrip’ di Astaka, Universiti Putra Malaysia Serdang. 
  2. 27 April 2013 pementasan teater ’Jahanam’ (adaptasi dari naskah ibu oleh Hamli Hamdan) bersempena Festival Teater Interkolej di Uiversiti Putra Malaysia Serdang
  3. 6 Jun 2013 Bengkel Asas Teater di Sekolah Tunas Bakti (P) Marang Terengganu
  4. 7-8 Jun  2013 pementasan teater ’Ayah’ karya Moh Azam Rezali di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Terengganu.
  5. 23 Jun 2013 mengikuti Festival Teater Selangor dengan pementasan teater ’Ayah’ (kategori teater moden ) dan mendapat anugerah tempat yang ketiga.
  6. 29 Jun 2013 mengikuti Festival Teater Selangor dengan pementasan teater ’Jalur-jalur di Padang Ilalang’ (kategori monodrama) dan mendapat anugerah pelakon terbaik, sinematografi terbaik, pengarah terbaik dan johan keseluruhan bagi kategori tersebut.
  7. 22 – 24 November 2013, Bengkel Seni Kreatif di Batu Kurau Perak dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.
  8. 25 April 2013 penilaian persembahan monodrama ’ Jalur-jalur di Padang Ilalang’ untuk Festival Teater Malaysia.
  9. 23 dan 26 Mei 2014 Persembahan Teater ’Bomoh Darai’ di Auditorium DBP Kuala Lumpur.
  10. 24 dan 25 Mei 2015 Persembahan Teater ’Duri Hati’ di Auditorium DBP Kuala Lumpur.
  11. 9 November 2015 Mengikuti Festival Teater Selangor dengan naskah ’Jalan Mati’ dan mendapat anugerah Johan Keseluruhan, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik.
  12. 12 dan 13 Februari 2016 Penilaian persembahan teater ’Jalan Mati’ untuk Festival Teater Malaysia dan layak bertanding ke peringkat akhir enam terbaik.
  13. 22 November 2016 Mengikuti Festival Teater Malaysia dengan naskah ’Jalan Mati’ dan mendapat anugerah Naib Johan Keseluruhan, Pengarah Terbaik dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik.
  14. 12 – 15 Mei 2017 Persembahan Bangsawan Cincin Naga Api di Auditorium DBKL.
  15. 4 – 6 Julai 2018 Persembahan 4 monodrama dalam Pementasan Eksistensi Jiwa di Auditorium JKKN Wilayah Persekutuan KL.
  16. 4 Disember 2018 Persembahan Teater Murtad bersempena Minggu Teater Selangorku 2018 di Auditorium Daeng Celak, Muzium Shah Alam
  17. 7-9 Disember 2018 co-host pertandingan monoteater bersama PADAT bersempena Minggu Teater Selangorku 2018 di Auditorium Daeng Celak, Muzium Shah Alam
  18. Menjadi rakan jurulatih untuk Kolej Pendeta Za’ba UKM untuk Festival Teater UKM (FESTER) dan antara produk yang dihasilkan adalah teater Dima Apandi (2016) dan teater Topeng (2017). Teater Topeng turut muncul sebagai juara FESTER 2017 serta membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Harapan Wanita Terbaik.
  19. Gempita Sastera Sasterawan Negara Datuk Dr Zurinah Hassan Mengadap Ke Pelabuhan  3 Disember 2019, PADAT Selangor.
  20. Sel Akhir 20 hingga 22 Disember 2019 – Studio Stafani Ampang
  21. Sel Akhr (2) 28 Feb 29 2020 dan 1 Mac 2020 – Studio Stafani Ampang

PENGERUSI PERSATUAN SENI CERITERA
Sheikh Shuhaimi Sheikh Abd Rahim

Sabtu, 25 Julai 2020

Kata Aluan


CeriteraFM merupakan salah sebuah i-radio yang popular di rantau nusantara. I-Radio in menyiarkan lagu-lagu popular penyanyi tempatan, antarabangsa serta memberi informasi tentang kegiatan seni teater di Malaysia, khususnya. Siaran adalah secara 24 jam sehari dari pelbagai genre musik.

CeriteraFM merupakan sebahagian daripada Persatuan Seni Ceritera yang telah didaftarkan sebagai Organisasi Bukan Kerajaan atau NGO dengan nombor pendaftaran PPM-028-10-23012013 . Operasi persatuan ini dilaksanakan di alamat No 21-2 Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang Selangor.

http://facebook.com/groups/CeriteraFM
untuk bersembang dengan Pendengar, krew dan Juru Hebah.
atau lawati “page” untuk membuat dedikasi dan ucapan
https://facebook.com/CeriteraFM
Lawati Laman Sesawang di
http://www.ceriterafm.my

---------------------------------------------------------------

CeriteraFM is amongst popular i-radio in South East Asia (SEA) i.e. Malaysia, Singapore, Indonesia and Brunei. The aim is to broadcasts popular songs of local, international as well as provides information on theater arts activities in Malaysia. The i-Radio are available 24 hours a day and presenting various music genres.

CeriteraFM is part of the Ceritera Art Association which has been registered as a Non-Governmental Organization or NGO with registration number PPM-028-10-23012013. The operation of this association is carried out at the address No 21-2 Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang Selangor.

Official FB groups
http://facebook.com/groups/CeriteraFM
Official “FB page” for dedication and song request
https://facebook.com/CeriteraFM
Official web-page
http://www.ceriterafm.my