Kata Aluan Pengerusi

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi menyokong Persatuan Seni Ceritera (PSC) untuk makluman semuanya Ceritera FM ini adalah salah satu Produk baru yang di wujudkan oleh Persatuan Seni Ceritera  kepada semua yang pengikut-pengikut Persatuan Seni Ceritera dan juga orang ramai yang mahukan sesuatu yang lain dari bidang Teater tetapi tidak terkeluar dari jaringan dan rangkaian kebudayaan dan kesenian yang menjadi teras kepada Persatuan Seni Ceritera ini .

Persatuan Seni Ceritera (PSC) telah didaftarkan melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 23 Januari 2013 dengan nombor pendaftaran PPM-028-10-23012013 . Operasi persatuan ini dilaksanakan di alamat B-K-2-15 Blok Kenari, Taman Wirajaya Penjara Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Persatuan ini dianggotai oleh penggiat-penggiat seni dan sastera yang mempunyai pengalaman lebih dua puluh tahun dalam bidang tersebut. 

PENGERUSI PERSATUAN SENI CERITERA
Sheikh Shuhaimi Sheikh Abd Rahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan